Sunday 2 June 2013

TARIK TALI TAK PUTUS-PUTUS

Oleh : Faizul Ashraf

Aku lihat dia diatas sana,
Hanyut aku dibuai alunan lunak suara buluh perindu,
bola mata berselisih buat kali pertama.
Eh ! Sombongnya.
Aku cuba lagi,tapi kau dimana.
Aaaah  ! Mana dia.

Aku duduk bersama teman bercanda dan ketawa.
Oh,kau disini rupanya,hatiku berkata.
Mereka mentertawa tingkah lakuku x tentu arah.
Aku selsema malu.
Aku menang,
Kau menyapa,
Aku bertindak,Kau berkata,
"boleh juga."

Dakwat mula menconteng jalan kembara permulaan,
Pena mata bola dan jalan raya mula sebati,
Aku dan juga engkau rapat dan tertawa,
Aku menjual, Kau tawar menawar,
Kau berniaga, Aku ke kedai lain,
Sorong papan tarik papan,
Permainan tarik tali masih bernyawa,
Masanya belum tiba.

Ku pergi sementara,
Mencari bahan dihutan,
Membuat karya tangan hasil semula jadi pelbagai guna,
Aku pulang dengan buah tangan,
Kau gembira.

Aku pergi lagi seketika waktu,
Mencari rezeki sesuap nasi,
Kau hilang bersama telefon bimbit mu,
Mainan tarik tali terhenti begitu sahaja.
Masa 'pause' disini dahulu.
Aku berdiam, Kau terdiam
Kau menghilang, Aku bilang
"Apa sudah jadi?"
Piring hitam tersangkut sementara.

Masa yang terhenti, berdetik kembali,
Aku mula melihat semula kelibat Kau bersiul disana,
Seperti burung menyanyi lagu alam memuji kehijauan bumi.
Alangkah gembira melihat kau dalam keadaan sejahtera.
Ingin ku menyapa ,
Takut ku dimarah dgn cubitan manja diperutku.
Aduh sakitnya kau cubit.
Tapi dalam diam aku rindu kau cubit begitu,
Walaupun aku tak suka.

Aku sembunyi
Masa yang berdetik terhenti semula,
Melihat kau gembira bersama tangan yang baru.
Aku gembira Engkau bahagia,
Kau bahagia, Aku tertawa.
Kau ! Kau ! Kau yang didepan mata selama ini.
Aku rakus bermain tarik tali dengan pemain tarik tali terkuat dunia.

Dia hebat, Aku sabar,
Dia sempurna, Aku tewas,
Kesempurnaan masih terbatas.
Atau Aku yang sebaliknya.
Masanya belum tiba.
Jika sudah jodoh,
Jangan jadi bodoh, 
Jika Kau ?
Engkaulah ku iring ke jinjang pelamin, 
Jika bukan, 
Kau hanya pepahat yang terpahat 
dalam rongga di kepalaku.

Pasti membuat ku tertawa comel 
mengimbau kembali saat itu.
Waktu itu Isteriku bertanya,
"kenapa bang? ketawa sorang-sorang?"
Dengan senyum manis sinis ku berkata 
"teringat dia..."

Siapa Dia?


Copyright © 2013 Faizul Ashraf Fauzi


No comments:

Post a Comment